Sunday, September 03, 2006

Perniagan yang bergerak maju.

Perniagan yang bergerak maju.

Dalam perniagaan, sekiranya anda tidak bergerak, maka, anda akan ditumpaskan oleh pesaing anda.

Pepatah cowboy berbunyi “A moving target is harder to get shot”

Kembangkan perniagaan anda, tambah produk baru, besarkan pasaran anda, perbaiki produk anda… apa sahaja asalkan anda tidak terasa selesa dengan keadaan semasa perniagaan anda.

Mana tahu, sekiranya anda tidak bergerak, pesaing anda sedang…

“Ready… Aim… FIRE!”


Perniagaan memang perlu bergerak. Minda kita juga perlu bergerak dengan idea yang kreatif dan berinovasi untuk berdepan dengan segala cabaran dalam dunia perniagaan masa kini.

Jika tak bergerak, tiada perniagaan untuk hari ini. Sebagaimana anda tidak mempunyai senarai emel dalam perniagaan internet. Maka tiada apa2 urusniaga yang akan anda perolehi hari ini.

Maaf ! anda tiada costumer untuk dihubungi. Anda tidak akan dapat menjual seribu macam produk kepada seorang costumer pun jika tiada emel list. Bagaimana anda nak membuat jualan kepada seribu orang sedangkan mereka tak mengenali anda. Promosi hebat macam mana pun, anda hanya akan membazirkan masa anda sahaja.

(Wuhuuuuuuuuuuuuuu.... nak buat senarai emel laa. Betapa ruginya kalu takder senarai emel... tatkala ini saya belum ada website sendiri lagi. Itu pasal takder senarai nama emel.)

#Nampak gayanya kena berjimat terlebih dahulu la dengan menggunakan open source. Lepas tu perlahan-lahan tingkatkan kepada yang berbayar. Kalu tak cuba buat yang percuma, takkan tahu bagaimana senarai emel akan berhasil untuk kita.

Tiba masanya untuk bergerak. Apahalpun dengan kewangan yang terhad bukan alasan untuk tidak melakukan apa-apa. Kalu tak mulakan sekarang, sampai bila-bila kita akan berada di takuk yang lama. Yer tak?

Bagaimana pula nak menjual semua benda kepada semua orang? Jawapannya...

Nak tahu citer pasal penjual kereta yang berjaya menarik perhatian ramai orang? (rujuk ebook : siapa jutawan yang belum dikenali?) Anda boleh layari www.pendapataninternet.com , anda akan tahu jawapannya. Jika nak tahu siapa jutawan yang belum dikenali tersebut, anda boleh dapatkannya segera. ( eh eh iklan pulak dah) sori la pada tuan punya website tersebut.

Lain hal pula dengan jutawan dr irfan, jutawan yang sudah dikenali ramai. So sapo2 yang nak jadi jutawan perlu mulakan dari sekarang menggerakkan minda dan perniagaan dengan lebih agressif lagi. Yer tak?

Sedikit citer pasal jurujual kete tersebut, kenapa beliau tidak dapat membuat jualan yang banyak? Ini kerana beliau tidak menggerakkan mindanya untuk mencari maklumat menjadi jurujual yang hebat. Jika beliau melakukan sedikit pergerakan kemajuan dan terus melangkah ke depan dengan mencari info yang berguna sudah tentu beliau akan menjadi jurujual yang berjaya. Komisyen jualannya cukup merosot.

Namun demikian tatkala menemui kaedah yang cukup berkesan itu, terkesan, tahap keberkesanannya teruji, maka beliau terus melangkah gagah membina pendapatan yang sepatutnya diperolehi dari awal pembabitan beliau sebagai seorang jurujual kereta.

Nah! Sudah terbukti dengan hanya sedikit pergerakan dan perubahan yang kecil akan menghasilkan pendapatan yang berlipatkali ganda. Beliau menggunakan “RAHSIA BERBALOI” dengan cara yang lebih berkesan untuk menarik perhatian ramai costumer berkunjung ke premis perniagaan jualan kereta tempat beliau bekerja.

Ayuh! Bergerak sekarang dan anda akan melipatgandakan pendapatan bulanan anda dengan lebih baik lagi untuk masa depan kewangan anda.

Dengan sedikit pergerakan dan perubahan yang anda lakukan dalam kehidupan harian anda. Anda bakal menikmati pulangan yang setimpalnya berbanding anda tidak bergerak langsung.

Salam siber niaga.


Duit Tabung simpanan setahun?

Berapa banyak telah anda tabungkan?

Seringkali kita mengeluh apabila tak cukup duit. Asyik cakap pasal duit je. Duit memang penting untuk meneruskan saki baki hidup yang berbaki di alam fana ini. NO MONEY NO TALK !

PERSOALANNYA? Penting untuk apa? Penting untuk siapa? Penting di mana? Penting yang bagaimana?

“Alaa aisy men... nampaknya terpaksa berdiam diri aje la kalu takdak duit”

“Terdiam terkedu la nampaknya kalu hari-hari takdak duit... duit oh duit!”

Siapa kata tak penting? Cuba anda kira berapa banyak anda boleh menabung dalam sehari? RM1.00? RM10.00? RM100? RM1000 SEHARI???

Fuyoooo... banyak tu kalu simpan demi simpan. Tabung demi tabung? Berapa banyak tabung anda ada? Sudah tentu banyak tabung yang anda ada. Kalu satu je, tak boleh nak cover hutang yang berlambak-lambak! Itupun kalu ada hutang... wuhuuuuuuuu.

Kalu takdak hutang? ALHAMDULILLAH! Lena tido hang!

Kalu nak menabung kita kena kira la berapa banyak hasil tabungan kita pada akhir tahun sehinggalah akhir hayat hang! Akhir hayat? Eh eh akhir ayat dah ler. Hayat masih dikandung badan lagi nih...

Kita tengok kira-kira yang paling ringkas ataih dunia nih untuk simpanan setahun? 10 tahun dan 30 tahun dan seterusnya kena kira sendiri laa. Jika sejak dari kecik lagi kita menabung... senang sikit masa depan kita. Yer tak?

Ini untuk tabung dalam akaun beku aje tau, akaun dalam tabung botol atau dalam tabung buluh atau tabung dalam tanah ( macam harta karun ALIBABA pulak). Belum termasuk simpanan dalam akaun mana-mana bank. Terutama kat TABUNG HAJI. Hehe...

Mula-mula ni kena budget rm1 je dulu untuk simpanan. Pastu boleh mula pulak dengan rm10. bila dah rasa seronok nak menabung banyak lagi… mulakan pulak dengan rm100. lama-lama banyak berpikul-pikul ler…
JADIKANNYA SEBAGAI AMALAN HIDUP ANDA.

DISIPLINKAN DIRI ANDA SETIAP HARI dengan menabung untuk setiap hari untuk masa hadapan…
Orang lain sedang sibuk buat DUIT, kita pun mesti ikut sibuk buat DUIT dengan cara yang lebih berkesan dan bersungguh-sungguh.

RM100 SEHARI DITABUNGKAN = RM36,000 SETAHUN
RM10 SEHARI DITABUNGKAN = RM3,600 SETAHUN
RM1 SEHARI DITABUNGKAN = RM360 SETAHUN
KENAPA??

Jika mahu... Anda boleh mulakan dengan rm100.
Jika mahu... Anda boleh mulakan dengan rm10.
Jika mahu… anda boleh mulakan dengan rm1.



TABUNGAN BULAN-BULAN:
rm300 sebulan = rm3600 SETAHUN.
rm100 sebulan = rm1200 SETAHUN.
rm50 sebulan = rm600 SETAHUN.
rm10 sebulan = rm120 SETAHUN.
rm5 sebulan = rm60 SETAHUN.
rm1 sebulan = rm12 SETAHUN.

TABUNG UNTUK SETAHUN :
rm300 sehari = rm108,000 setahun.
rm100 sehari = rm36,000 setahun.
rm50 sehari = rm18,000 setahun.
rm10 sehari = rm3,600 setahun.
rm5 sehari = rm1,800 setahun.
rm1 sehari = rm360 setahun.

TABUNG UNTUK 10 TAHUN...
rm300 sehari = rm1,080,000.
rm100 sehari = rm360,000.
rm50 sehari = rm180,000.
rm10 sehari = rm36,000.
rm5 sehari = rm18,000.
rm1 sehari = rm3,600.

TABUNG UNTUK 30 TAHUN...
rm300 sehari = rm3,240,000
rm100 sehari = rm1,080,000
rm50 sehari = rm540,000
rm10 sehari = rm108,000
rm5 sehari = rm54,000
rm1 sehari = rm10,800


”eh eheh 360 hari setahun? 5 hari lagi?”
”5 hari yang lebih tu public holiday untuk hari raya, wuhuuuuu...”

Kalu gitu anda boleh mulakan menabung mulai dari sekarang! Jangan berlengah lagi. Tiada ruginya anda menabung untuk masa depan. Ramai yang tak berapa kuat untuk menabung. Asyik kering je saban bulan dan saban tahun. Kuatkan semangat anda untuk terus menabung.

Sama-sama kita berusaha untuk menjadikan budaya menabung sebagai rutin harian kita. berapa ramai yang konsisten dengan tabung yang sedemikian rupa?

anda bagaimana?

Sekadar pandangan umum sahaja...

3 Comments:

Anonymous Fuad said...

Post yang menarik. Itu kalo simpan kira skali ngan dividen lagi la rasa rugi sgt kalo membazir walau RM1..

3:26 AM  
Blogger fauzan said...

menabung la dalam bank dan amanah saham..jgn menabung kt skim cepat kaya mcm swiss cash..

http://toppayinglist.blogspot.com/
- menjana ekonomi dgn google adsense..

9:56 AM  
Blogger joelando17111740 said...

hey, I just got a free $500.00 Gift Card. you can redeem yours at Abercrombie & Fitch All you have to do to get yours is Click Here to get a $500 free gift card for your backtoschool wardrobe

1:19 AM  

Post a Comment

<< Home