Sunday, September 03, 2006

Perniagan yang bergerak maju.

Perniagan yang bergerak maju.

Dalam perniagaan, sekiranya anda tidak bergerak, maka, anda akan ditumpaskan oleh pesaing anda.

Pepatah cowboy berbunyi “A moving target is harder to get shot”

Kembangkan perniagaan anda, tambah produk baru, besarkan pasaran anda, perbaiki produk anda… apa sahaja asalkan anda tidak terasa selesa dengan keadaan semasa perniagaan anda.

Mana tahu, sekiranya anda tidak bergerak, pesaing anda sedang…

“Ready… Aim… FIRE!”


Perniagaan memang perlu bergerak. Minda kita juga perlu bergerak dengan idea yang kreatif dan berinovasi untuk berdepan dengan segala cabaran dalam dunia perniagaan masa kini.

Jika tak bergerak, tiada perniagaan untuk hari ini. Sebagaimana anda tidak mempunyai senarai emel dalam perniagaan internet. Maka tiada apa2 urusniaga yang akan anda perolehi hari ini.

Maaf ! anda tiada costumer untuk dihubungi. Anda tidak akan dapat menjual seribu macam produk kepada seorang costumer pun jika tiada emel list. Bagaimana anda nak membuat jualan kepada seribu orang sedangkan mereka tak mengenali anda. Promosi hebat macam mana pun, anda hanya akan membazirkan masa anda sahaja.

(Wuhuuuuuuuuuuuuuu.... nak buat senarai emel laa. Betapa ruginya kalu takder senarai emel... tatkala ini saya belum ada website sendiri lagi. Itu pasal takder senarai nama emel.)

#Nampak gayanya kena berjimat terlebih dahulu la dengan menggunakan open source. Lepas tu perlahan-lahan tingkatkan kepada yang berbayar. Kalu tak cuba buat yang percuma, takkan tahu bagaimana senarai emel akan berhasil untuk kita.

Tiba masanya untuk bergerak. Apahalpun dengan kewangan yang terhad bukan alasan untuk tidak melakukan apa-apa. Kalu tak mulakan sekarang, sampai bila-bila kita akan berada di takuk yang lama. Yer tak?

Bagaimana pula nak menjual semua benda kepada semua orang? Jawapannya...

Nak tahu citer pasal penjual kereta yang berjaya menarik perhatian ramai orang? (rujuk ebook : siapa jutawan yang belum dikenali?) Anda boleh layari www.pendapataninternet.com , anda akan tahu jawapannya. Jika nak tahu siapa jutawan yang belum dikenali tersebut, anda boleh dapatkannya segera. ( eh eh iklan pulak dah) sori la pada tuan punya website tersebut.

Lain hal pula dengan jutawan dr irfan, jutawan yang sudah dikenali ramai. So sapo2 yang nak jadi jutawan perlu mulakan dari sekarang menggerakkan minda dan perniagaan dengan lebih agressif lagi. Yer tak?

Sedikit citer pasal jurujual kete tersebut, kenapa beliau tidak dapat membuat jualan yang banyak? Ini kerana beliau tidak menggerakkan mindanya untuk mencari maklumat menjadi jurujual yang hebat. Jika beliau melakukan sedikit pergerakan kemajuan dan terus melangkah ke depan dengan mencari info yang berguna sudah tentu beliau akan menjadi jurujual yang berjaya. Komisyen jualannya cukup merosot.

Namun demikian tatkala menemui kaedah yang cukup berkesan itu, terkesan, tahap keberkesanannya teruji, maka beliau terus melangkah gagah membina pendapatan yang sepatutnya diperolehi dari awal pembabitan beliau sebagai seorang jurujual kereta.

Nah! Sudah terbukti dengan hanya sedikit pergerakan dan perubahan yang kecil akan menghasilkan pendapatan yang berlipatkali ganda. Beliau menggunakan “RAHSIA BERBALOI” dengan cara yang lebih berkesan untuk menarik perhatian ramai costumer berkunjung ke premis perniagaan jualan kereta tempat beliau bekerja.

Ayuh! Bergerak sekarang dan anda akan melipatgandakan pendapatan bulanan anda dengan lebih baik lagi untuk masa depan kewangan anda.

Dengan sedikit pergerakan dan perubahan yang anda lakukan dalam kehidupan harian anda. Anda bakal menikmati pulangan yang setimpalnya berbanding anda tidak bergerak langsung.

Salam siber niaga.


Duit Tabung simpanan setahun?

Berapa banyak telah anda tabungkan?

Seringkali kita mengeluh apabila tak cukup duit. Asyik cakap pasal duit je. Duit memang penting untuk meneruskan saki baki hidup yang berbaki di alam fana ini. NO MONEY NO TALK !

PERSOALANNYA? Penting untuk apa? Penting untuk siapa? Penting di mana? Penting yang bagaimana?

“Alaa aisy men... nampaknya terpaksa berdiam diri aje la kalu takdak duit”

“Terdiam terkedu la nampaknya kalu hari-hari takdak duit... duit oh duit!”

Siapa kata tak penting? Cuba anda kira berapa banyak anda boleh menabung dalam sehari? RM1.00? RM10.00? RM100? RM1000 SEHARI???

Fuyoooo... banyak tu kalu simpan demi simpan. Tabung demi tabung? Berapa banyak tabung anda ada? Sudah tentu banyak tabung yang anda ada. Kalu satu je, tak boleh nak cover hutang yang berlambak-lambak! Itupun kalu ada hutang... wuhuuuuuuuu.

Kalu takdak hutang? ALHAMDULILLAH! Lena tido hang!

Kalu nak menabung kita kena kira la berapa banyak hasil tabungan kita pada akhir tahun sehinggalah akhir hayat hang! Akhir hayat? Eh eh akhir ayat dah ler. Hayat masih dikandung badan lagi nih...

Kita tengok kira-kira yang paling ringkas ataih dunia nih untuk simpanan setahun? 10 tahun dan 30 tahun dan seterusnya kena kira sendiri laa. Jika sejak dari kecik lagi kita menabung... senang sikit masa depan kita. Yer tak?

Ini untuk tabung dalam akaun beku aje tau, akaun dalam tabung botol atau dalam tabung buluh atau tabung dalam tanah ( macam harta karun ALIBABA pulak). Belum termasuk simpanan dalam akaun mana-mana bank. Terutama kat TABUNG HAJI. Hehe...

Mula-mula ni kena budget rm1 je dulu untuk simpanan. Pastu boleh mula pulak dengan rm10. bila dah rasa seronok nak menabung banyak lagi… mulakan pulak dengan rm100. lama-lama banyak berpikul-pikul ler…
JADIKANNYA SEBAGAI AMALAN HIDUP ANDA.

DISIPLINKAN DIRI ANDA SETIAP HARI dengan menabung untuk setiap hari untuk masa hadapan…
Orang lain sedang sibuk buat DUIT, kita pun mesti ikut sibuk buat DUIT dengan cara yang lebih berkesan dan bersungguh-sungguh.

RM100 SEHARI DITABUNGKAN = RM36,000 SETAHUN
RM10 SEHARI DITABUNGKAN = RM3,600 SETAHUN
RM1 SEHARI DITABUNGKAN = RM360 SETAHUN
KENAPA??

Jika mahu... Anda boleh mulakan dengan rm100.
Jika mahu... Anda boleh mulakan dengan rm10.
Jika mahu… anda boleh mulakan dengan rm1.



TABUNGAN BULAN-BULAN:
rm300 sebulan = rm3600 SETAHUN.
rm100 sebulan = rm1200 SETAHUN.
rm50 sebulan = rm600 SETAHUN.
rm10 sebulan = rm120 SETAHUN.
rm5 sebulan = rm60 SETAHUN.
rm1 sebulan = rm12 SETAHUN.

TABUNG UNTUK SETAHUN :
rm300 sehari = rm108,000 setahun.
rm100 sehari = rm36,000 setahun.
rm50 sehari = rm18,000 setahun.
rm10 sehari = rm3,600 setahun.
rm5 sehari = rm1,800 setahun.
rm1 sehari = rm360 setahun.

TABUNG UNTUK 10 TAHUN...
rm300 sehari = rm1,080,000.
rm100 sehari = rm360,000.
rm50 sehari = rm180,000.
rm10 sehari = rm36,000.
rm5 sehari = rm18,000.
rm1 sehari = rm3,600.

TABUNG UNTUK 30 TAHUN...
rm300 sehari = rm3,240,000
rm100 sehari = rm1,080,000
rm50 sehari = rm540,000
rm10 sehari = rm108,000
rm5 sehari = rm54,000
rm1 sehari = rm10,800


”eh eheh 360 hari setahun? 5 hari lagi?”
”5 hari yang lebih tu public holiday untuk hari raya, wuhuuuuu...”

Kalu gitu anda boleh mulakan menabung mulai dari sekarang! Jangan berlengah lagi. Tiada ruginya anda menabung untuk masa depan. Ramai yang tak berapa kuat untuk menabung. Asyik kering je saban bulan dan saban tahun. Kuatkan semangat anda untuk terus menabung.

Sama-sama kita berusaha untuk menjadikan budaya menabung sebagai rutin harian kita. berapa ramai yang konsisten dengan tabung yang sedemikian rupa?

anda bagaimana?

Sekadar pandangan umum sahaja...

motivasi anda?

Revolusi minda? Motivasi? Merekacipta kerja? Minda niaga? Lasak berniaga?

Motivasi akan terus menggerakkan seseorang ke arah kejayaan demi kejayaan. Jika anda memulakan sesuatu kursus perniagaan internet untuk pertama kali ( contoh je…) anda tidak akan tahu di mana kesilapan dan di mana kejayaan yang bakal anda perolehi.

Apa jua jenis perniagaan yang ingin anda mulakan, anda akan berdepan dengan pelbagai cabaran yang bakal merintangi kejayaan yang ingin anda gapai tersebut.

Ini sekadar pendapat saya sahaja la. Sekadar nak bagi bantuan dan sokongan penuh pada mereka yang ingin memulakan perniagaan dan juga otai2 internet yang bangkit memberikan kesedaran dari lena yang membuai... hamboih mak! Hehhe

Dengan memulakannya anda akan mengetahuinya dan memperbaiki dengan lebih lancar lagi. Takdak pengalaman macam mana nak kenal erti kegagalan. Kejayaan takkan datang bergolek.

Tatkala nak memulakan sesuatu perniagaan, anda tidak akan lari ketakutan untuk bermula. Hanya dengan menghadapi dan mengharungi ketakutan itu akan mengatasi apa-apa ketakutan yang anda alami.

Anda perlu BERANI GAGAL!

Walau apapun, jika anda mahukan motivasi terus subur dalam minda dan diri anda, tidak ada jalan lain kecuali dengan memotivasikan diri kita untuk terus maju ke hadapan. Tambahan pula kita turut memotivasikan orang lain sama.

Sebagaimana dalam kaset dr fadzilah kamsah... anda motivasikan orang dengan bersungguh2, anda sendiri akan termotivasi sama. Naik syeikh sama... aaaa nampak?

Kalu tak nampak kena dengor ler. Jika tak dengor anda takkan tahu apa-apa. Jadi kena dapatkan kaset motivasi kat pasaran sana. Dengar kaset motivasi dan hayati banyak-banyak kali. Dan banyak kali lagi sehingga hafal.

Kalu tak ada motivasik macam mana nak berniaga?

“Semacam je hari ni, tak meniaga ke?”

”tak ada semangat ler”

Aisey men, semangat padam terus nak berniaga? Putus asa punya pasal. Lagikan orang yang telah berjaya banyak jugak cabaran yang mendatang. Inikan pula anda yang bermula dengan ala kadar sahaja.

Modal rendah atau tinggi menuntut kita memberikan komitmen padu terhadap perniagaan kita. Jika kita tak berikan FOKUS yang sepenuhnya terhadap perniagaan kita, maka jalan yang terakhir adalah dengan melingkupkannya separuh jalan sahaja.

”nampaknya bidang perniagaan bukan selayaknya untuk aku, kalu beginilah gayanya tak payah berniaga lagi baik”

Suka atau tidak anda perlu teruskan urusniaga anda biarpun terpaksa memulakannya semula. Memperbaiki dan menetapkan kembali matlamat yang ingin di gapai.

Kalu boleh anda boleh mulakan langkah memotivasikan diri anda melalui motivasik di tv2 jam 6 pagi atau motivasik pagi di tv3. Mana-mana saluran motivasik ler. Rajin-rajinkan diri anda untuk mendengar motivasi. Tanpa motivasi anda tidak akan dapat bangkit untuk meneruskan perjuangan perniagaan anda.

Semenjak dua tiga menjak nih apabila menengokkan otai internet terus maju ke hadapan, rasanya diri ini cukup ketinggalan. Tapi takper la, sekurang-kurangnya anda telah memberikan saya motivasi yang cukup kuat untuk meneruskan usaha yang kadang-kadang terasa nak berundur sahaja.

”hei... penatnya, tak dapat apa-apa hari ini? Tak begitu menghasilkan pulangan.”

”rasa tak cukup berbaloi betuil, fedup betuil laa...”

Apa macam? Mungkin juga anda terasa kecewa apabila mula-mula join dengan apa-apa perniagaan internet yang sekadar menumpang website orang lain. Rasa cukup berputus asa,kan? Yer tak?

Lepas nih boleh la kita mulakan perniagaan tanpa website. Namun anda perlu usahakanya dengan penuh komitmen. JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA.


Merekacipta kerja?

Apa yang perlu anda lakukan hari ini?

Tiada apa-apa?

Kenapa perlu tiada apa-apa?

Apakah tidak ada satu kerjapun yang boleh anda lakukan?

Lakukan sedikit kerja hari ini untuk menghasilkan sedikit demi sedikit keuntungan yang berganda. Anda hanya perlu bergerak sedikit demi sedikit ke arah perubahan. Samada dari sudut minda dengan merevolusikan minda anda. Budaya niaga yang perlu diterapkan dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga semata-mata.

Bagaimana anda merekacipta kerja? Dengan merekacipta kerja yang perlu anda lakukan dalam perniagaan, anda sedang membina suatu budaya niaga yang jitu dalam diri anda.

Jika tidak, anda tidak akan dapat menghasilkan apa-apa keuntungan pada hari ini tanpa sebarang usaha yang cukup bermanfaat. Gunakan masa yang ada ini untuk membina kerjaya perniagaan dan membudayakannya sebagai suatu rutin kehidupan harian kita.

Sekadar pandangan umum. Sekian terima kasih.


Wah! Panjang lebar nampaknya. Lain hari celoteh lagi yer.