Sunday, August 27, 2006

Citer duit punya pasal. Duit oh duit!

Skim cepat kaya Duit perniagaan

Citer duit punya pasal. Duit oh duit!

Yang dikejar tak dapat. Yang dikendong berciciran.

Yang dikejar memang tak dapat-dapat. Yang dikendong terus bertaburan.

Yang dikejar selalunya hendak yang banyak-banyak.
Yang dikendong terus tak cukup-cukup.

Hanya kerana nak cepat kaya. Mentaliti nak cepat kaya memang sukar untuk dikikis sehinggalah mereka mengalami kerugian yang tak terhitung banyaknya. Memang cukup bahaya SKIM CEPAT KAYA. Nilai RM1.00 yang kecil tak nampak dipandang. Nilai RM JUTA yang membuatkan mata terjojol besau.

Kalu duit yang ada banyak bertimbun-timbun memang senang untuk dikikis oleh penyangak-penyangak skim cepat kaya itu. Maka alikisahnya, papa kedana dibuatnya.

Dengan demikian rupanya bagaimana anda mengejar wang dan mengendong wang simpanan anda bergantung kepada diri anda sendiri. Nak banyak? Nak sedikit cuma? Terpulang kepada diri anda sendiri untuk menguruskannya dengan bijak.

Hidup ini yang tak sudah-sudah nak kejar wang. Tak pernah rasa cukup. TAMAK!

Maka alikisahkannya terjebaklah segelintirnya dalam skim cepat kaya, gores dan memang tak menang-menang dan juga peraduan demi peraduan yang kita kejar dan dambakan dalam media bercetak atau media elektronik.

Contest mana-mana syarikat perniagaan hanyalah sebagai penghargaan dan bonus kepada pembeli sahaja. Ramai yang minat pasal peraduan dari syarikat-syarikat perniagaan yang menawarkan ganjaran yang lumayan sehingga mencecah angka jutaan RM. Itu sebagai contoh sahaja.

Namun cabarannya tetap ada. Anda tidak akan semudah itu mendapatkan ganjaran yang sedemikian rupa. Bukan sekadar nak menang dan bukan sekadar nak masuk tv. Masuk tv woooo...!

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.

Jika anda nak kaya memang tak ada apa-apa salahnya hendak menjadi kaya dan senang lenang dan tenang berenang. Kesilapannya adalah dari usaha yang seciput dan memungkinkan hasil yang menggunung sekelip mata.

Alikisahnya seterusnya, maka kalu nak kerja, mesti nak dapat gaji yang lumayan. Kalu nak buat apa-apa perniagaan, mesti nak dapatkan perolehan yang cepat.

”Dah kerja elok-elok, kenapa berhenti pulak? Sepatutnya kerja makan gaji hang tersebut boleh digunakan untuk membiayai perniagaan yang hang nak mulakan. Bermakna hang bekerja sementara sambil meningkatkan perniagaan sendiri. Itu lebih baik dari berhenti berganti kerja, yang dapat belum pasti.”

”Eh nak berniaga? Hang berniaga nak cepat kaya je. Takdak menda lain yang hang nak fikir. Hanya nak cepat kaya je.”

Alahai... orang nak berniaga la bukan nak susahkan orangpun. Kaya ke, miskin ke... sapo yang nolong kita lagi kalu kita yang tak berusaha memajukan diri kita sendiri.

Kuat bekerja dan kuat berniaga. Selagi hidup la. Kita akan terus bekerja dan berniaga untuk mencari duit poket harian kita. Selagi tak cukup selagi itu duit dikejar. Selagi ada, habiskan tanpa berbaki. Dah habis terkial-kial mencarinya semula.

Anda dah rugi beribu-ribu dirham? Rugi kerana kesilapan diri sendiri? Jangan biarkan diri anda tertipu, atau saudara-mara anda tertipu. Lebih baik berhati-hati dari sesal kemudian nanti.

“Duit memang susah nak cari, menghabiskannya tak sampai satu hari”.

Kalu tak percaya cubalah anda habiskannya RM100,000 dalam satu hari. Sekelip mata je habis.

Kalu kaya sekelip mata memang payah nak percaya. Kalu habiskan duit sekelip mata memang boleh dipercayai. Terutama habis kat mana tau? Habiskan untuk skim cepat kaya. Wuhuuuuuuuuuuuuu...!

Nak tahu pasal skim cepat kaya? Skim cepat kaya memang akan menyusahkan hidup anda. Kalu nak tahu pasal skim cepat kaya yang tidak begitu menguntungkan, anda boleh download kat sini :

http://www.saudagar.com.my/skimcepatkaya.zip


# Sekadar renungan alikisah teladan semata-mata, tiada sangkut paut dengan siapa-siapa yang ada kat muka bumi ini. Jika ada sekalipun hanyalah kebetulan.

Cukup sahaja untuk kali ini. Lain kali komen lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home