Tuesday, August 22, 2006

BERMULA DENGAN RM 1.00 SEHARI...

bonus hari-hari untuk diri sendiri.

BERMULA DENGAN RM 1.00 SEHARI...

Mula2 nih mari kita tengok citer menarik. Ekslusif lagi mantap :

Mari kita menangkap duit.
Mari kita menjala duit.
Mari kita menangkap duit.
Mari kita memetik duit.

Dengan kaedah idea SWITCHonCASH.BIZ

Hari ini kita nak bicara citer penjimatan dalam kehidupan harian kita. memang ada caranya kalu kita nak berjimat dan memang boleh nak berjimat jika kita mahu. sebagaimana iklan TNB :

"eleh... kalu nak jimat MEMANG boleh!"

Sebelum itu kita bicara citer penghargaan kepada diri kita sendiri. Memberikan nilai yang tinggi kepada diri kita dengan pemberian bonus setiap hari. bonus hari-hari untuk diri sendiri. Bukan sekadar bonus setiap bulan yang kita dambakan dari majikan je.

Bagaimana anda memberi bonus kepada diri anda sendiri? Selalu kita dengar tentang budget tahunan yang bakal dibentangkan di PARLIMEN, ada sahaja BONUS untuk kakitangan kerajaan. Bonus sekali gaji. Bonus setengah bulan gaji. Bonus tertunda pun ada. Pendek kata, kalu dah dapat bonus memang gembira sakan ler, apatah lagi dengan budget 2007 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.

Budget 2007?
yer... sama-sama kita tengok bonus yang bagaimana pulak yang akan anda semua perolehi nanti. sama-sama kita tunggu budget 2007.

Bonus kepada diri sendiri nih adalah suatu penghargaan kepada diri kita. Setiap hari berpenat buat kerja itu ini, takkan tak ada bonus untuk diri sendiri pulak. Kalu yer sekalipun nak kerja, ingat kepada diri sendiri dan masa depan. Masa depan yang cerah, bukan sekadar masa depan yang redup tetapi kembali cerah.

Biarpun anda seorang penganggur, anda jugak berhak untuk memberi bonus kepad diri anda sendiri. wah banyak sangat bonus tu... BAGAIMANA nanti anda sebagai PENGANGGUR akan mendapat bonus yang lumayan.

BAGAIMANA PENGANGGUR BOLEH MENDAPAT BONUS TANPA KERJA?

Siapa tak gumbira kalu dapat bonus. semua orang mengharapkan bonus dari majikan tempat mereka bekerja. Namun ramai jugak yang tak begitu menghargai diri sendiri untuk memberikan penghargaan yang setimpalnya kepada diri sendiri. kebanyakannya akan menghabiskan gaji mereka dengan begitu boros sekali.

Jika nak menyimpan rm1.00 sekalipun memang anda tak begitu berdisiplin, apa lagi nak simpan rm10 sehari. Bolehkah anda cuba mendispilinkan diri anda dengan menabung rm1.00 setiap hari?

SUDAH TENTU BOLEH! MALAYSIA BOLEH!!!

Jika tabungan anda sehingga SETAHUN? berapa banyak anda akan dapat dengan tabungan setahun rm10?

jika rm100 pulak, setahun anda dapat berapa?

itu dari sudut mereka yang bekerja, bagaimaan pula dengan pelajar?

pelajar yang mendapat pinjaman? bagaimana anda menghargai diri anda sendiri dengan membuat tabungan rm10 sehari? memberi bonus kepada diri anda sendiri. atau apa2 jumlah yang anda mahu untuk menabung. petikan dalam artikel saifulsham.com menyatakan segelintir dari pelajar yang mendapat pinjaman akan membelanjakannya sesuka hati je. apa guna kita mendapat biasiswa dan kemudiannya kita terpaksa meminjam dari kengkawan yang mendapat pinjaman biasiswa jugak? apahal?

kita pinjam dan kita habiskan. lepas tu pinjam pulak dengan kengkawan yang dapat pinjaman jugak? banyak cantik!

berkenaan pinjaman pelajar tersebut bukan saifulsham.com sahaja memperkatakan hal ini bahkan sudah diberitakan dalam suratkhabar. anda tentu dah tahu laporan dari suratkhabar tersebut. biasalah kalu dah dapat duit banyak. kelabu bijik mata dibuatnya jika anda belum bersedia untuk menguruskan kewangan anda dengan sebaik-baiknya. dari itu uruskanlah kewangan anda bermula dengan rm1.00 sehari. biarpun anda menabung rm1.00 sehari. sekurang-kurangnya anda mendisiplinkan diri anda untuk menabung dan memberikan bonus kepada diri anda setiap hari.

bermula dengan rm1.00 sehari dan teruskanlah mendisiplinkan diri anda untuk menabung dan terus menabung. kalu dah biasa manabung tu memang seronoklah nak menabung dengan lebih banyak lagi. nanti...tak ada ler orang nak kata, kecik2 taknak menabung dah besar menyusahkan orang. ada ke patut... tapi memang patut ler kena macam tu. diri sendiri tak beringat nak menabung dari kecik lagi. tak menjadikan menabung itu sebagai budaya hidup. maka jalan keduanya meminjam ler jawabnya.

Samada anda pelajar, pekerja, majikan hargailah diri anda dengan memberikan bonus kepada diri sendiri setiap hari biarpun rm1.00 sahaja sehari.

#Eh, eh eheh…

Pasal penjimatan tu kita sambung lain kali yer bagaimana anda boleh jimatkan wang untuk terus menabung setiap hari BERMULA dengan rm1.00.

1 Comments:

Anonymous cikgubiz said...

Sikit2 lama2 Jadi Bukit

11:52 PM  

Post a Comment

<< Home