Monday, August 21, 2006

apa macam hari ini?

1.Apa macam hari ini??


Mula2 mari kita mengundi siapa yang boleh menghasilkan wang dengan lebih pantas. Siapa pula yang boleh menghasilkan wang dengan lebih banyak?

Bagaimana pula anda MEMBUAT duit?

Bagaimana pula anda MEMBUANG duit?

Bagaimana pula anda MENABUNG duit?


2.Apakah pilihan anda?

Psssssssstt...menda nih rahsia, betul2 rahsia nih...

TEKNIK berbaloi pantas lagi mudah RAHSIA Siri 1.

TEKNIK berpotensi pantas lagi mudah RAHSIA Siri 2.

TEKNIK sergahan pantas lagi mudah RAHSIA Siri 3.


3.Bagaimana nak dapatkan wang dengan banyaknya?

Siapa nak kaya sila jangan klik, namun demikian anda sememangnya tidak disarankan untuk klik. Memang tak sepatutnya anda perlu klik. Ini lain dari yang lain. Kalu nak KAYA dengan cepat kena usaha lebih sikit dan kalu nak TERLEBIH-LEBIH KAYA lagi anda tidak perlu buat apa-apa. Hanya duduk diam sahaja dan dapat hasil yang lumayan.

4.LUMAYAN gua cakap maaaaaaaaaaa....!

Dengan cara ini anda akan dapat wang dengan pantas dan berbaloi. Kalu anda DITIPU sekalipun, anda tidak akan dapat berbuat apa-apa. Sepantas kilat juga wang anda akan dilesapkan. Lesap bagaimana? Anda akan tahu jika anda tidak klik pada mana-mana link yang menyuruh anda klik. Jangan cuba sekalipun untuk klik!

Kerana apa? Ini kerana ia berpunca dari kesilapan anda yang suka kena tipu dan membiarkan diri anda ditipu. Malahan menumpangkan orang lain sekali, dan lagi teruk mengajak orang lain terjebak dalam kancah penipuan yang cukup kronik masa kini. Memang anda akan terus terpesona dengan penglipur lara YANG CUKUP BESTARI. Jadi jangan mudah terpengaruh.

Anda pun dah tahu perihal pengguna yang bijak, peniaga yang bijak, penipu pun kena berfikir cara bijak jugak. Bijak dalam bab yang negatif.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home