Wednesday, July 26, 2006

bagaimana dengan wangcyber anda hari ini?

assalamualaikum...

apa khabar semua yang sedang surf internet dan mereka yang otai-otai biz internet... moga anda semua dalam suasana sihat dan luarbiasa bagus sentiasa dan juga luarbiasa ceria dengan bisnes internet masing-masing.

bisnes internet anda terus meningkat? TAHNIAH saya ucapkan. masih tak berani nak cuba apa-apa ? tak buat laman web? ( saya pun belum buat lagi...) tak tahu nak buat apa2? ada caranya yang terbaik buat anda yang belum mencuba dan tak buat apa-apa. anda boleh sertai seminar kat sini www.rahsiainternet.com atau pun anda boleh layari dan sila klik seminar saifulsham.com

anda hanya perlu membuka minda dan berani untuk mencuba. jika apa yang saya bagitahu pada anda di sini tidak begitu bermanfaat kepada anda, tak perlu lah anda ambik tahu. saya sekadar ingin maklumkan kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan berasaskan internet.

kepada yang dah mula buka minda, harapan dari saya semoga anda berjaya dengan jayanya suatu hari nanti. dengan penyertaan anda dalam seminar tersebut akan sedikit sebanyak membuka jalan-jalan kejayaan dengan panduan yang lebih berkesan untuk berjaya dalam perniagaan internet anda. tak ada ler nanti takut nak cuba bagi mereka yang tak pernah mencuba. tak lupa jugak kepada mereka yang tak berapa reti pasal komputer dan juga takut untuk berkenalan dengan komputer.

pada peringkat permulaan nih, memang anda akan berdepan dengan masalah yang cukup besar, iaitu takut dan tak yakin diri untuk menghadapi kerenah komputer dan pelbagai macam halangan lagi yang bakal anda hadapi apabila dah kenal komputer dan internet. sikap terlalu berfikir lama-lama akan menyebabkan anda takkan buat apa-apa yang sepatutnya anda lakukan untuk kemajuan hidup anda. dan... jeng-jeng-jeng saya pun sedang berusaha ke arah itu untuk terus maju.

kepada mereka yang dah masuk seminar dan workshop bisnes internet, moga anda akan mencapai kejayaan dalam bisnes internet anda. anda juga boleh membantu mereka yang lain pula untuk mereka memulakan perniagaan di internet. anda juga boleh memaklumkan tentang seminar bisnes internet yang telah anda sertai tersebut kepada rakan-rakan anda yang lain pula.

kepada yang baru nak mula dan terfikir-fikir dan buat apa, elok rasanya tambah ilmu dengan sertai seminar dan juga dapatkan info2 terkini dalam website otai-otai internet yang berpengalaman. ikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya.

" orang yang menimba pengalaman dan mengikut jejak langkah dari mereka yang telah berjaya, pasti akan mencapai kejayaan juga."



Bisness semester.

Apahal dengan bisness semester? Saya tak berminat sebenarnya nak citer pasal bisness semester nih. Yer laa bisness sementara yang tenggelam timbul. Kenapa timbul? Sebb yang lama dah tenggelam? Berapa lama? Sekadar 2,3 penggal sahaja. Lepas tu hilang entah di mana...! (music...) itulah bisness semester. Modalnya? Mengikut kemampuan la. Boleh kuarkan banyak dapat banyak. Boleh kuar sikit dapat sikit2. pastu boleh grab yang banyak selepas ini bila dah dapat pulangannya...( yang sementara..) bukan nak mengata tapi nak menegur... itupun kalu tak boleh nak kena ceramah sana sini laa...

Saya pun tak sanggup nak perkenalkan kepada mereka yang berminat sekalipun. Nantikan bila dah sampai saatnya nak bungkus nanti. Hilang entah ke mana laa. Tunggu laa ... tunggu kucing bertanduk laaa... “haa itulah engkau, aku dah kata dah... menda nih sekejap je panazz nya. Apa lagi yang hang nak perkenalkan pada aku?” hai... kita jugak yang akan kena seranahnya... tak tengok tv ke? Itulah... tengok tv bukan dengan mata motivasi... lain kali tengok tvpun guna mata motivasi jangan guna mata kerbau hang itu...

Skim cepat kaya...sambung laaa sendiri, ada dalam iklan tv. Kesian orang yang bernama hamid( bukan nama sebenar) lari entah ke mana. Syarikat pulak kena sita. Wang habis berkoyang-koyang. Sesal kemudian takdak maknanya.

KEMBALI KE PANGKAL JALAN...

Agak2 mereka nih bila nak kembali ke pangkal jalan? Saya yang join dengan modal yang kecik sekalipun ( ada sekali dua laa dah join dengan satu dua syarikat pada tahun kejadian yang lepas-lepas laa) berfikir jugak. Apa pasal pi join? Modal hangus, untung entah ke mana? Adakah saya nih di paras downline yang terakhir? Huuwaaaaaaaaaa…..!!

Kalu modal yang ribu-ribu yang tenggelam timbul nih… rasanya tak payah laa nak bazirkan duit begitu je. Baik buat menda yang berkekalan lama. Dapat juta-juta balik dengan hanya berbekalkan ilmu dan pengalaman dalam perniagaan yang sebenar. Kena kutuk pun sebagai pembakar semangat dan boleh jugak membantu orang lain untuk lebih bekerja dengan cara yang fleksibel. Bisness semester dengan modal ribu-ribu takdak maknanya jikalau tenggelam timbul.

Yang ini rasanya lagi baik…

Kata seorang pakar perniagaan dan jutawan, “Perniagaan bernilai berjuta yang anda bina boleh musnah dalam sekelip mata. Tetapi, dengan ilmu dan pengalaman yang anda ada, anda boleh melintas ke seberang jalan, dan membina empayar perniagaan baru yang boleh menjana berjuta ringgit lagi.”

Jangan terbalik sudah ler… macam bisness semester tu… lingkup yang ini bukak yang lain pulak. Lingkup yang ini buat yang lain. Tapi orang yang sama. Buang karan je…

Biasalah kalu bijik kepala minda dah kelabu dengan wang… ingat duit je. Tak ingat dunia kat mana. Leka dan terlupa. Sekadar nak menegur je... jangan marah yer. Kalu siapapun yang menegur anda, itu adalah untuk kebaikan anda dan jugak orang lain yang akhir2 sekali yang baru nak join. Hangpa peduli apa mereka yang join akhir atau tak... yang hang nampak... masyuuuuk je. Apa ke hal beb??

Bila nak kembali ke pangkal jalan?

Kalu dah lingkup nanti bukannya boleh buat apa-apa pun, yang jadi mangsanya mereka yang ikut-ikut nak cepat kaya. Sekadar mengikuti perkembangan semasa tak apa laa. Ikut join sama tanpa sebarang pertimbangan yang wajar, padah ler jawabnya. Kalu wajar menilai sendiri takper laa...

Kalu terjadi apa-apa, mereka yang baru nak mula tu, mula la terkial-kial entah tak tahu nak buat apa-apa dah. Jangan menyesal kemudian sudah ler. Wang lesap entah ke mana syarikat entah ke mana. Yang rugi kita...
Kenapa terkial-kial? Sebabnya kita tak ada benteng pertahanan diri yang kukuh dengan ilmu. Ilmu perniagaan yang sebenar. Sekadar ikut2 je. Maklumlah teruja sesangat-sangatnya nak kejar yang berjuta, berkoyang-koyang. Akhirnya tak ke mana...

Jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri. Kita ni bukan nak jadi tukang nasihat panjang lebar. Sekadar nak suruh beringat-ingat je. Salahkah nak tegur sebagai peringatan dari semasa ke semasa. Kita bukannya nak susahkan orang, sekurang2nya nak selamatkan diri anda dari terjerumus. Kalu dah lebih kurang dengan skim2 yang sudah lepas-lepas nun... sejarahnya tak ke mana sangat nyer....

Fikirkan sejarahnya, bukan sekadar fikir habuannya yang sementara. Kalu dah sejarahnya tiga tahun, esok lusa timbul pulak syarikat lain. Bercambah-cambah pulak syarikat yang lain mengambil kesempatan.

Apahal sekalipun kita kena tengok jugak sejarahnya berapa lama syarikat sedemikian rupa boleh bertahan. Berapa lama...? sekadar nak menilai antara kaca dan permata.

Jangan marah yer, jangan melenting yer... ”saya tak maksudkan sapo2, siapa yang makan pedas dia ler yang terasa cili. Sapo yang makan cili dah tentu la merasa enak.” Pedass tapi sedap. Sedap buat apa kalu dapat penyakit kalu makan banyak dan tak seimbang. Yer tak? Itu la yang di namakan cili. Kena cili kang!!!


Apa lagi yer?

http://www.tips.com.my/
internetmelayu


Ooo pakar blog yer... nanti laa kita tanya apa yang patut. Banyak menda nak tanya pasal blog nih. Kena mintak ebook pasal blog la baru real boleh jalankan bisness. Baru la boleh buat blog with bisness yer tak?? Selalu aje buat posting yang hentam kromo entah apa-apa. Asyik mintak suruh orang beli dan beli produk yang kita iklan. Agak-agak kalu penuh dengan iklaneka , akan jadi posting iklaneka laa pulak... bosan jugak orang yang nak membacanya. Asyik menda yang sama je, berulang-ulang. Yer tak? Tahu tak per... tak tahu kena tanya...

Berniaga jangan tak berniaga...

”kita nak berniaga... bukan mintak sedekah” ”...eh malu-malu pulak...”

Selalu jugak dengar kaset nih yer?

Baca buku menjejaki jutawan senyap...

Ada bisness kad?

”Eh..eh kad dia lagi... eh eh 5 kali dia punya kad kad encik FATAH...memang ada ong laa”

Haa... bisness kad jangan lupa ler. Kena buat bisness kad anda tu bila jumpa dengan sapo2. dengan kawan2 lama boleh bagi. Dengan saudara mara boleh bagi. Kawan2 kepada kawan2 yang lain boleh bagi. Saudara mara dan saudara mara kepada saudara mara pun boleh bagi. Siapa yang berminat nak tahu pasal bisness anda ler...

Kelakar kan... bisness nampak gah, namun bisness kad tak ada. Apa hal? Tapi itu dulu laa... team saifulsham.com dah dapat menilai bisness kad. Asyik buat alasan je. Sampai bila nak buat alasan... jangan buat alasan. Orang lain tanya bisness kad, kita buat alasan. ( maaf la team saifulsham.com yer )

Kalu pasal design bisness kad nih, saya memang tak reti sangat laa, kantoi sikit nak buat yang menarik. Kreativiti tak begitu menyerlah. Kalu saya buat, yang biasa-biasa aje la. Buat sendiri laa. Hehhe. Kalu nak buat yang cantik kena upah orang lain buat laa. Yer tak?

Biarpun bisness kad memang akan diperletakkan dalam dompet. Namun fungsinya cukup bermakna untuk jangka panjang. Bukan sekadar bisness kad semata-mata. Media promosi jangka panjang. Cuma kena selalu bagi bisness kad anda kepada mereka yang berjumpa dengan anda. This is my kad. Jadikan amalan. Jangan kedekut untuk membuat bisness kad sedangkan anda membuat bisness juta-juta.

Orang tak buat bisness pun ada kad nama. Tak percaya... kalu tak silap ada satu syarikat tu yang buat kad nama untuk para remaja. Kad itu simple aje la namun menarik dengan contoh2 kad yang berorientasikan remaja. Carilah sendiri . rasanya memang ada yang pernah buat kad nama tersebut. Yer tak?

Tiada wang?

Jangan risau. Anda masih ada pembantu setia yang boleh selesaikan kemelut kewangan anda. Uruskan wang anda dengan ilmu. Takdak ilmu wang anda akan hilang entah ke mana.

Tak percaya...? cuba anda pinjam rm1000. ke mana anda belanjakannya dalam masa sehari? Dah tentu macam2 perkara anda nak beli? Rm1000 dalam masa sehari? Itupun belum cukup lagi nak beli banyak menda yang berkenan. Rm satu juta pun belum tentu lagi cukup.

Rm1000 anda akan terus lenyap hilang entah ke mana tanpa pengurusan yang wajar. Cuba laburkan untuk sertai media keilmuan pasal kewangan. Rm20 pun boleh jadi rm20,000 dalam masa yang terdekat? Tapi bagaimana yer?

Saya ada satu soalan untuk anda? Bagaimana anda boleh membantu saya? Apa yang perlu saya buat?

BAGAIMANA NAK LABURKAN RM20 untuk dapatkan sehingga RM20,000 dalam tempoh 3 hari?

-Buat website domain dan hosting rm10. pastu promosikan kat mana yang patut.

Rm20.00 bukan hari itu je yang perlu kita laburkan. Laburkan sedikit demi sedikit untuk perkukuhkan, perkasakan diri anda membina benteng penahan aliran yang deras dengan media-media keilmuan yang kukuh. Dah kukuh satu, laburkan semula untuk diri anda sendiri dengan lebih banyak lagi, memang tak rugi apa-apa untuk mempertingkatkan ilmu untuk menguasai wang dalam poket dan seterusnya menggandakannya menjadi berlipatkaliganda.

Selepas itu anda bandingkan masa anda punya wang tanpa ilmu bagai dunia ana yang punya... dengan masa anda ada wang dengan ilmu pertahanan kewangan. Dah tentu ilmu anda akan terus meningkat dan income anda jugak akan mengalir dengan lebih produktif lagi... cuba lah kalu nak tahu.

Rasakan perbezaannya. Bagaimana menggunakan wang sesuka hati tanpa ilmu atau menguruskan wang sesuka hati dengan ilmu secara lebih berhati-hati.

Akhir sekali saya nak tahu laaa pasal soalan kat sini nih sekali lagi...

Saya ada satu soalan untuk anda? Bagaimana anda boleh membantu saya? Apa yang perlu saya buat?

BAGAIMANA NAK LABURKAN RM20 untuk dapatkan sehingga RM20,000 dalam tempoh 3 hari? Dalam tempoh terdekat?

Ada komen??

Cuti-cuti Malaysia..

Anda terlalu memikirkan kerja anda? Kenapa mesti bersusah payah untuk bekerja sehingga memenatkan minda anda? Anda hanya terlalu asyik dengan kerja, kerja, kerja sepanjang masa… bila masa nak cuti? Minda kita ni kena rehat jugak. Itu pentingnya cuti hujung minggu. Cuiti untuk rehatkan minda. Cuti-cuti Malaysia. ambik cuti dan tenangkan fikiran anda. Idea tak datang masa kita tergesa-gesa. Lain la masa kecemasan, haru biru dibuatnya disebbkan panik. Kalu dah panik memang tak boleh nak fikir apa-apa dah. Tak keruan dibuatnya.

Masa kita tenang aje idea kita akan mencurah-curah datang. Tak kirala kat mana kita berada. Asalkan kita dapat tenangkan fikiran dan mencari idea yang luarbiasa. Tengok aje komik yang berlambak kat pasaran. Boleh buat ke masa huru-hara? Boleh memang boleh laa. Boleh buat komik huru-hara ada ler...

Itu pasal ketenangan tu penting untuk menjana ekonomi yang lebih kukuh dengan idea yang lebih bagus dan pendapatan pun akan berlipatkaliganda. Kalu asyik membosankan diri kita sendiri setiap hari, mana nak dapat idea yang bagus-bagus. Cuti dan berfikir di luar kotak.


Aset juta-juta dengan ilmu...


Kalu duit yang ada sayap tu, duit terbang laa. Duit hangus buat hantaran. Duit yang ada roda nih, kita akan fikir dua kali nak guna. Tak ada ilmu ke bawah roda jawabnya. Ada ilmu ke atas la. Dengan duit beroda nih kita boleh bina perniagaan kita bila-bila masa sahaja kalu ada ilmu. Jatuh bangun adalah asam garam sebagai usahawan. Boleh bangkit kembali.

Kalu ada ilmu pendek kata, letak kat mana-mana pun, duk tang mana pun, ilmu dan pengalaman akan membina sebuah entiti perniagaan yang berjaya.

Kalu nak buat rumah memang makan masa yang lama. Nak musnahkan rumah tu, sekejap je. Tapi boleh bina balik rumah tu, sebab ada kepakaran dan ilmu. Kalu wang habis juta-juta sebab masalah perniagaan atau gawat. Perniagaan anda boleh dibina semula. Lain pula bagi mereka yang mudah berputus asa. Sedangkan perniagaan itu boleh dibangunkan kembali dalam masa yang terdekat. Macam kena sabotaj jugak laa. Kalu kena sabotaj sekalipun, perniagaan yang sedia ada boleh dibangunkan dengan idea yang lebih luarbiasa lagi... kena sabar dan berusaha dengan lebih gigih dari pengalaman yang lepas-lepas.

Wang boleh dicari dan lesap. perniagaan boleh dibina kembali atau ada yang bankrup?. Namun ilmu dan pengalaman akan menjadi panduan untuk perniagaan masa akan datang. Jika anda lontar kat mana-mana pun bisnes anda tetap berkembang pesat. Idea perniagaan dah ada, ilmu dah ada , duk tang manapun boleh mula berniaga. Yer tak?

Ada wang, ada bisnes tanpa ilmu anda tetap akan kecundang biarpun bisness anda gah ke arena antarabangsa sekalipun. Haaa? Takkan laa sampai ke arena antarabangsa tak ada ilmu , takdak pengalaman kot? Hehe

Kat mana nak tanya? Tumpang tanya boleh?

Dah berjaya? Hebatnya… tapi malu pulak nak Tanya? Kalu hang cari satu2 lokasi tanpa bertanya orang tertentu, ke mana anda akan pergi? Dah tentu tak tahu nak ke mana laa.

Kalu hang join explore race… wah adventure tu, mencabar minda dan fizikal. Kalah memang lain hal punya la. Yang penting nak masuk tv, nak masuk tv. Seronok jugak masuk tv yer? Nak popular laa.

Kalu tak bertanya, memang anda tak ke mana la, tak selesai explore race anda. Mana nak pergi? Ikut jalan mana? Nak buat apa? Akhirnya tak buat apa yang sepatutnya kita buat.

Sebagaimana kita nak fikir buat satu-satu benda, akhirnya lama-lama duk fikir , satu apa pun tak buat. Yer tak?

Kita nih berlainan kepakaran. Kalu dah kita nih bukan pakar masak, dan nak tahu pasal masakan tomyam, sapo yang perlu kita rujuk? Takkan mekanik motosikal kot? Pakar roti canai dah tentu perlukan pakar pemasaran untuk membuat pasaran yang lebih agresif. Yer tak? Pakar mengajar pakar …

Pakar tang tu… tak pakar tang nih… bijak subjek yang nih… tak bijak subjek yang tu… pilihan anda adalah dengan bertanya… jangan bodoh sombong. Tak elok untuk masa depan perniagaan anda.

”Eh...eh nak dengar kaset malu??”

Jika dr irfan tak bertanya pasal blog, dah tentu blog dr irfan takkan wujud sampai bila-bila. Blog saya nih biasa2 je… blog suka-suka je buat masa nih. Hehe... tau takper. Tak tau tanya ler... apa lagi yang akan diwujudkan oleh dr irfan selepas nih??

Masa tahu pasal blog nih, cuba try test jugak. Suka jugak ler nak try test and error. Sekadar nak cuba. Cuba dan cuba tapi berhenti tak buat research yang lebih lanjut. Pasnih nampak gayanya kena perkemaskan ilmu banyak2 laa. Jangan duk ketinggalan di takuk yang lama. Memang rugi kalu tak bertanya apa yang patut kita tahu untuk kemajuan perniagaan kita.


“Selagi duduk goyang kaki, tidur, makan, tengok tv dan tidur balik, selagi itulah kejayaan hanya fantasi.”

HALAMAK…ini yang tak best, zon selesa yang perlu diganggu gugat. Tak boleh ke tak ganggu zon selesa idaman hati ini... haaa? Zon selesa yang perlu usaha gigih.

Kalu nak tidur yang lebih selesa, kena cari dan perlu cari dan berterusan mencari zon selesa sebelum mendapat zon selesa dan untuk tidur balik.

Bangun dan tidur, bangun dan tidur. Asyik titun je mana nak jadi...?

Kalu nak makan, kena cari dan perlu cari dan berterusan mencari tempat yang selesa sebelum dapat makan yang selesa.

Kalu nak tengok tv, kena cari dan perlu cari dan berterusan mencari tv idaman sebelum dapat tengok tv dengan selesa.

Bukan mudah nak dapat zon selesa. Dan bukan susah nak dapat zon selesa. Sama-sama payah. Lebih baik bersusah payah dapatkan zon selesa daripada berterusan berada di dalam zon selesa itu sendiri. Hehe. Memang seronok duk di negara uttara guru…


Kehabisan ilmu?? Bila ilmu akan habis?

“Tidak takutkah sehingga kehabisan ilmu apabila semua didedahkan?”

ukur baju di badan sendiri, nak cepat kaya atau nak kaya sepanjang masa?

“Dah jadi jutawan, mesti ada rahsia-rahsia lain yang tidak diberitahu. Kalau beritahu, nanti orang akan tiru cara anda dan bersaing dengan anda!”

mereka yang meniru dah tentu akan jadi jutawan jugak...? bila? bagaimana? tatkala anda meniru dan bersaing dengan mereka yang dah berjaya. anda belum tentu lagi akan berjaya dengan 100%. banyak lagi halangan dan rintangan yang perlu anda tempuh.

# apakah perasaan anda jika hanya mendapat 3 orang pembeli dalam tempoh 12 bulan? dah tentu anda akan patah semangat. putus asa? beliau tak mudah untuk berputus asa.

# jika saya mendapat 3 pembeli aje, dan seorang costumer yang tak jadi nak membeli dari saya ( beli program urusniaga mail order) sedangkan belanja promosi tidak berbaloi dengan hasil yang sepatutnya saya dapat. lebih belanja dari pulangan modal. program niaga punya pasal bukan perniagaan sebenar. program mail order yang tak berhasil apa-apa.

2 situasi yang berbeza, dr irfan dan saya.

ilmu yang ada perlu diperkembangkan, idea sentiasa berkembang. sekalipun kena tiru, idea yang lain pulak akan timbul. memang tak dinafikan idea sentiasa berkembang sebagaimana perisian terkini yang ada di pasaran. tengok saje lah microsoft. bagaimana pula dengan model telefon bimbit terkini. takkan anda masih gunakan hp yang lama lagi? tidakkah ia berdasarkan idea jugak? model telefon tempatan m-mobile. cetusan idea mereka yang menggunakan minda mereka untuk menghasilkan produk2 yang terkini.

nak bersaing dengan cara lama? alahai... lingkup la syarikat maaaaa...!

idea sentiasa berkembang. contoh persaingan promosi syarikat gergasi digi, maxis, celcom terus bersaing dengan begitu sengit untuk mendapatkan lebih ramai pengguna. tak hairanlah kalu ada 3 bijik telefon untuk 3 telco tersebut pada seorang pengguna. sekarangpun promosi hebat dengan ejen 016 pulak. bukan sekadar cerita. promosi yang terus berkembang. mana lah tahu pasnih timbul pulak ejen 012, 019. saya pun tak terfikir nak buat promosi macam tu.kalu tak untung banyak, memang takkan buat promosi giler macam tu... bukan murah promosi macam tu. ejen 016. promosi bersiri.... pastu buat contest pulak dah. telekom tak buat ke?

tengok pulak rejoice. apa yang telah anda saksikan dari idea cara promosi yang telah dilakukan? takkan nak buat rejoice stail yang lama je. yer tak? rejoice yang pertama dah tentu berbeza dengan siri-siri rejoice yang seterusnya. pasnih rejoice apa pulak?


dengan demikian citernya kita kena berbalik kepada tips berfikir di luar kotak. soalan tersebut perlu menjadi begini,

bagaimana untuk mempertingkatkan ilmu yang telah didedahkan kepada orang lain?

bagaimana nak persiapkan diri dengan pesaing-pesaing anda?


kehabisan ilmu kena tiru? Tiru la kalu nak tiru...

Kalu mereka tiru sekalipun, berapa ramai yang akan berjaya? Kalu ramai yang berjaya dengan cara tiru meniru dah lama jadi jutawan macam dr irfan, bill gates, donald trump, dan jutawan malaysia yang sedia ada. Tetapi kenapa masih ramai lagi yang tak berjaya? Kejayaan anda tidak ditentukan oleh bagaimana hebatnya pelan perniagaan yang ada wujudkan. Tiru macam mana sekalipun tak semuanya menjadi jutawan dalam sekelip mata. Perlu ada perancangan yang lebih jitu.

Kalu kita kena tiru, dah pasti kita kena bersedia dengan pelan yang lain pulak, alternatif yang lebih canggih lagi. Idea sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Mungkin idea sekarang dah tak sesuai lagi untuk masa depan. Kena cari idea lain pulak. Kalu mereka nak tiru, biarkan mereka tiru. Kalu nak tiru sekalipun biarlah dengan izin tuan hak.

Lepas ni pelan perniagaan apapun dah tak menjadi apa-apa makna jika ia hanya berguna untuk masa sekarang. Masa depan kita tak tahu macam mana nak duga. Ada pelan perniagaan terkini? Kena dengar kaset LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG.

Sudah tentunya idea yang dah lama akan bertukar ganti. Mereka yang suka-suka tiru pelan yang terdahulu dah tentu terkial-kial nak buat perubahan jika dah tak ada sambutan yang menggalakkan. Mula la tertanya-tanya nak buat macam mana pulak. Terkial-kial dibuatnya. Maklumlah, malas nak fikir, malas nak guna minda, malas nak gunapakai idea sendiri. Idea celup mana aci. Tiru bulat-bulat. Makan diri sendiri laa jawabnya satu ketika nanti.

Alihnya mereka akan guna stail lama dengan pelan perniagaan yang mereka tiru tu. Kalu jadikan model takper la. Buat perubahan dengan idea kita sendiri. Model perniagaan memang perlu ada sebagai panduan untuk membina kejayaan milik kita. kalu takder model, bagaimana nak kembangkan idea. Yer tak?

Idea sekarang tak semestinya releven untuk masa akan datang. So jangan risau laa. Idea sentiasa berkembang bagi mereka yang nak berubah dan nak berfikir. Tiru modul kejayaan orang yang dah berjaya sudah ler, pastu kena usaha sendiri laa. jangan tiru bulat-bulat tanpa izin.

Mereka yang sedang berusaha sekarangpun tetap berdepan dengan pelbagai halangan dan rintangan, apa lagi mereka yang nak meniru orang lain. Cuba fikirkan...


Idea sentiasa berkembang...

(sebagai contoh : Sebagaimana rm490 juta untuk pembangunan atlet sukan di luar negara? Apa idea anda untuk mengatasi masalah sedemikian rupa? Tak cukup tanah ke kat malaysia nih? Tak cukup pakar sukan ke kat malaysia nih? Cakap senang ler. Hehhe )

Berapa banyak anda order prepaid bulan ini?

Berapa banyak belanja anda telah keluarkan untuk membeli prepaid?
Adakah anda mahu berjimat dengan prepaid anda?
Adakah anda mahukan diskaun?

Adakah selama anda membeli prepaid di kedai,anda mendapat diskaun setiap kali membeli prepaid di kedai yang berlainan?


2004 mymode mula beroperasi dengan komisen tajaan level 50sen dan rm1.00 sahaja. selepas itu mymode terus meningkat naik dari semasa ke semasa daftar keahlian rm88. yuran rm18 dan baki modal rm70.

jun 2006 dengan daftar ahli rm65 : yuran keahlian rm54 dan baki modal rm11.
setelah anda mendaftar sebagai ajen prepaid sms, anda boleh membuat jualan prepaid secara peribadi sekitar rm500 dan mendapat satu bahagian dari keuntungan jualan syarikat.

dengan jualan rm1000 anda akan mendapat 2 bahagian.
dengan jualan rm2000 anda akan mendapat 4 bahagian.
dengan jualan rm3000 anda akan mendapat 6 bahagian.
dengan jualan rm4000 anda akan mendapat 8 bahagian.
dengan jualan rm5000 anda akan mendapat 10 bahagian.

bayaran komisen yang akan anda perolehi ialah pada setiap bulan, jika genap rm500 dalam bulan tersebut.

keuntungannya yang bakal anda perolehi sudah jelas, bukan sekadar anda boleh perolehi komisen dari tajaan anda, bahkan dari jualan peribadi anda yang tersendiri. dengan secara tidak langsung downline anda akan terus mengaktifkan diri mereka untuk memperolehi komisen setiap bulan di samping komisen mingguan.

apa yang penting di sini adalah anda boleh berjimat dan mendapat diskaun biarpun sedikit demi sedikit. sedikit demi sedikit akan menjadi gunung juga akhirnya.

setiap tajaan yang bakal anda perolehi adalah rm10 setiap ejen baru yang anda taja.

jika anda upgrade kepada MP pulak anda akan dapat rm15 setiap tajaan yang seterusnya.

jika anda berjaya duplicate rangkaian anda,

setiap urusan untuk penajaan, urusan order prepaid, anda perlu pandai sms, dah tentu anda pandai sms, kalu tak pandai sms mcam mana nak order prepaid. kena pandai sms dulu la baru boleh join.

kalu anda berjaya duplicate rangkaian anda, tidak kiralah dalam tempoh selama mana, tiada tempoh... setahun ke, 6 bulan ke, sebulan ke, kalu bijak kalu pandai. anda akan memperolehi keuntungan yang berganda dengan jualan prepaid yang mencecah jutaan ringgit itu.

biarpun untung seciput, hargailah untung yang seciput cuma itu. tak ada yang seciput memang takkan menjadi yang berkoyan-koyan banyaknya.

layari enter4money sekarang!
Layari forumsms sekarang!


sekian terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home